bedak wangi follow me

Thursday, November 3, 2011

Exam stress. LOL

Assalamualaikum.


yeah, after a very longggggggg time rite.


you know, the same situation again and again and again.
classes, practicals, assignments, tests and next-week-coming-exam.
what a life.


tapi, jari ni selalu meronta-ronta nak menaip kat sini jugak. ape guna ade blog tak berupdate, ape gune ade blog kalau tak tau nak menjeritkan rasa hati kat mane kan.


bila hidup dah semakin busy, kita akan berada di bawah pengaruh stress. perasaan tak?
kelas kene pegi penat-penat pun. tambah-tambah bile dah start praktikal. assignment kene hantar. test jalan jugak.


see? nak pegi berak pun kene curi mase -_-"


tapi, tu sumer memang tanggungjawab seorang student kan. akan tetapi, #ayatskema# sebagai manusia biasa keadaan normal yang patut dilalui student tu still akan menyebabkan stress.


to make it become worse, the situation. aku sedar, siapa la kita ni hamba Allah nak persoalkan ujian yang Dia bagi, ye tak?
walaupun kadang-kadang kita alpa jugak dengan ujian yang diberi, cepat-cepat la istighfar. InsyaAllah, ada hikmah disebalik semuanya.

entah-entah cenggini muka aku stress. hadoi

aku akui we need the better way(s) to against stress. and aku admit aku tak pandai nak kawal stress. #gayacamorangsibuk,penyibukadela# LOL


so dear friends, please do apologize for any hurt feelings or ignorance.


minggu depan nak exam dah. huuuuuuu
stress nak final exam kali ni memaksa aku taip entry tacing sebegini. haha


orang cakap sem 2 ni paling susah, paling heavy. ahhh, tu orang cakap kan.
aku cakap, kalau dah usaha, InsyaAllah ada rezeki (:



Semoga aku dapat jawab exam dengan tenang dan dipermudahkan segalanya serta dikurniakan keputusan yang terbaik. Amin.





apesal entah  nak letak gambar kartun pulak hari ni. stress therapy kot. haha

Thursday, October 13, 2011

selamat 20 :)

Alhamdulillah. umur dah bertambah lagi ;)


harapan aku dikala umur memasuki angka 2 di depan. hahaha


#1 semakin matang nak handle kehidupan.


#2 dipermudahkan segala urusan dan ditentukan segala yang terbaik.


#3 amal ibadah makin bertambah.


#4 jadi anak dan kakak yang terbaik untuk keluarga khasnye, jadi manusia yang berguna amnye.


#5 dipertemukan pemilik tulang rusuk yang betul dan layak.


#6 muka kekal awet muda.


#7 dapat turunkan berat badan lagi.



Amin.



#8 dapat update blog selalu. ni kena letak bawah sebab takut harapan tinggal harapan. haha

Saturday, September 10, 2011

hidup tak selamanya suram

Assalamualaikum.


tajuk entri yang sangat tak boleh blah. haha


baru kejap tadi kan mood aku spoil, tapi sekejap je aku dah tersenyum balik. :)
sebab ape? sebab ape?



dah 1000 follower blog tak berilmiah ni. haha


pemenang nombor bertuah ituuuuu AidaMyra


tahniah kepada anda, anda dan anda.


ada ubi, ada batas
ada blog boleh follow ;D

Demam rindu.

Assalamualaikum.
dah nak dekat sebulan blog ni tak berupdate kan. tu pun kalau ade yg sedar la -_-"


i'm still here, but the excitement to update the blog is not around.


aku harap ni bukan tanda aku akan pencen dari berblog.
btw, aku terharu sebab dalam sebulan blog ni tak berupdate, still ada follower ngan komen baru.
thank you kawan. (;


actually, aku dalam proses nak recover dari demam. aku rase ni la demam yang paling teruk aku pernah kene selama ni. sampai kene ambik darah tu.


demam kali ni sangat kelakar o.O ada pulak demam kelakar.
aku still sihat walafiat masa kelas petang rabu lepas. balik dari kelas tu aku rasa pening, apa lagi, capai tuala terus pegi mandi la.


tapi, ternyata tindakan aku tu tak berhasil. time aku rehat-rehat lepas solat asar, tetibe rase berbahang kat telinga. okay, i got the fever.


yang paling tak tahan, kepala aku sakit sangat. tambah-tambah time nak bangun pagi. memang rasa berat betul nak angkat kepala ni.


semalam aku pegi klinik. niat aku nak mintak ubat batuk je, sekali cek suhu 39c. :| *tingginya
padan muka aku, lain diniat lain yang dapat. haha
memang doktor terus suruh ambik darah la. risau kot-kot demam denggi ke atau ade virus bahaya ke.


alhamdulillah, darah ok. i hope there's nothing serious. doktor pun cakap sebab virus biasa ngan perubahan cuaca.
aku pulak rasa sebab perubahan tempat. bahahaha


yeah, seriously i do miss Perak Darul Awesome. haha ;D


nak mak ;(

Saturday, August 13, 2011

Ujian Bulan Ramadhan ;)

Assalamualaikum.

lame dah pasangan kekasih ni tak berjumpe. hari ni bersatu jugak jari ngan keyboard. ;)


hai kawan, blog ni wujud lagi tau. but, paham-paham je la. aku ni memang susah nak bahagikan masa. mana nak buat assignment, nak study untuk test, nak basuh baju, nak pegi bazar lagi. arghhh, memang busy lah sekarang ni.


tu pasal perempuan tak boleh kawin 4 -_-"


but, hati ni pun ade limit jugak. sampai satu tahap memang tak terpendam dah. tetibe aku rase blog ni memang untuk luahan tak puas hati aku je la. hahaha


chill bebeh.


aku frust sangat hari ni. sebab sangat tak dihargai.




well, to make it short, ade sorang lecturer baru ni kat kolej aku. die tak ajar mane-mane subjek, just tolong cover a few chapters yang tak sempat lecturer lain cover.


get it? so makne nye aku dah belajar intro sumer subjek ngan lecturer lain then die sambung je.


so, i thought the same things la go on. but, dia memang created trouble betul.


hari pertama masuk dah mengajar non stop. non stop here bermaksud no joke and no other words from her mouth other than that topics.

kalau ada mende tak berkaitan pun, penerangan yang terlampau detail sampai aku rasa annoying.
ohhhh, can you just please explain apa yang ada dalam study guide tu?


the other day pulak, ada presentation. first time in my life presentation aku kene reject sebab tak detail. superficial aje katenyeeeee.


orait, aku pun pergi la jumpa lecturer sebenar yang mengajar tu. mintak dia explain balik sedetail-detailnye. lecturer tu pulak pelik cakap "awak takyah tau detail sangat, bukan masuk exam pun. tak penting pun ni". o.O


tengah hari tu present balik depan dia, boleh pulak ade lagi yang dia tak puas hati. aku rasa dia memang aim aku ngan member aku sorang ni. sebab kitorang tersengguk ngan tersenyum dalam kelas dia. ;D
what's wrong with you witch?




and today, kali ke 3 aku present. aku rasa ni la preparation before kelas aku yang paling awesome. perghhhh. habis sumer slide aku tolong coverkan, aku tak kisah babe asal tak kena hentam lagi. walaupun aku sedikit emo sebab arggghhhhhh, biasala kan kerja kumpulan. mesti ada misunderstanding.


aku memang nampak gila-gila and main-main je. but when it comes to study, aku jadi serius. tambah-tambah nak present mende yang sama buat kali ke 3. kejadahnye nak present kali ke 4 pulak, ye dak?


yang aku frust sangat, that mrs-konon-konon-bajet-perfect-taknak-superficial tu boleh komen detail sangat pulak. and saje mencari salah yang aku rasa tak kan effect pun result kalau tak tau. you don't have any idea betapa tak perlu nya ambik tau pasal mende yang kitorang present ni.


kejadahnye?


superficial salah, detail salah. dah la mende yang aku present tu seriously tak ada dalam silibus.


habis sumer buku aku dah selak. bersengkang mata aku buat.




ni lah namanye ujian bulan Ramadhan. semoga aku jadi lebih sabar ;)


Thursday, July 28, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014 : Malaysia vs Singapura


Assalamualaikum.





ya geng, malam ni kesudahan Malaysia vs Singapura.




pertemuan antara Harimau Malaya ngan Singa.



pada yang dah ada tiket, boleh pegi stadium.
pada yang tak dapat tiket, tengok kat rumah pun best.
nak lagi meriah lepak ramai-ramai kat warung mamak.
memang perghh la kan ;)


see, betapa memahaminya aku keperluan kaum lelaki yang satu ni?


pada my #dearfuturehubby, i tak kisah langsung u nak tengok bola.
nak bangun awal pagi tengok world cup pun i boleh kejutkan.
kita qiamullail dulu lepas tu kite tengok bola sama-sama. romantik kan kita? ;-*


actually, aku pun tak sangka aku boleh terfanatik ngan bola. hahaha
okehh, inilah pengaruh yang berjaya mempengaruhi anak perempuan tunggal yang
dikelilingi adik-adik lelaki  --"




aku harap kekecewaan 5-3 hari tu dapat ditebus malam ni.


dear #harimaumalaya,
i tak salahkan u'olls kalah hari tu. jangan risau.
adat lah kan menang kalah.


but, please jangan hampakan harapan kami seluruh rakyat Malaysia nak tengok pasukan Malaysia main bersungguh-sungguh okehh.


selamat bermain dan berjuang di atas padang rumput tulen selepas solat Maghrib ye :)


btw, aku harap gosip Khairul Fahmi ade gf baru tak ganggu prestasi pasukan.
dan aku harap gosip hanya kekal gosip.

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday : Silent Love ♥

Assalamualaikum.

bertemu kembali kita di segmen #WW. haha. kalau takde #WW ni, tak berupdate la blog aku ni ;D


**********


**********


bila perasaan tu kuat sangat, aku tak mampu nak interpretasikan melalui perkataan.
jadi, haruslah mengambil kesempatan ke atas #WW
okeh, okeh. dah tak macam #WW -_-'



take care ♥ 

Thursday, July 14, 2011

hidup jangan menongkat langit sampai tak sedar apa jadi dekat bumi


Assalamualaikum.


Aku hanya seorang manusia biasa. Ya, hanya seorang gadis biasa yang mempunyai blog.


Aku tau beza kita bagai langit ngan bumi. Kau langit, aku bumi.




Kau cantik, disayangi ramai, pandai sampai boleh bagi orang tiru time exam dan ada boyfriend. Perghh memang pakej lengkap ahh kau!


Tak ada apa yang aku nak komen pasal kecantikan kau. Memang rezeki, kurniaan Allah. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan diri aku walaupun tak secantik kau. Tapi, kalau lah perangai kau pun secantik rupa kau kan lebih meghargai nikmat Allah.


Aku tak pernah jumpa orang kurang ajar macam kau. Marah-marah orang macam diri tu bagus sangat. Tapi ko memang bagus pun, kalau tak takkan la kau berani hina orang depan-depan. Hebat ahh!


Memang muka kau cantik tapi kecantikan kau tak dapat nak memaniskan muka sombong kau tu. Ya, muka yang kurang ajar tu.


Kau pandai kan. Ye la, semua soalan kau boleh jawab kan. Tapi sayang, senang-senang kau bagi orang tiru masa exam. Eh lupa, benda baik kena la share kan. Takkan nak simpan sorang-sorang. Tapi kalau ye pun nak share kepandaian kau tu, cover-cover la. Tak yah la sampai nak share ngan semua orang. Aku taknak dengar pun. Biar la aku jawab sendiri, sekurang-kurangnya atas usaha aku.


Dan, Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat atas usaha aku sendiri.


Aku memang tak pandai nak bermuka-muka untuk ambik hati orang. Mungkin sebab tu aku tak disayangi ramai macam kau. Tapi tak semua orang boleh ditipu dengan topeng plastik kau tu. Sudah-sudah la mengipas, bukannya makin sejuk pun. Kenapa kau bijak sangat eh? Mengipas vip-vip saje. Salute ahh!


Belajar-belajar lah beralah ngan orang lain. Dalam dunia ni kita bukannya hidup sorang. Tak boleh la nak semua orang dengar cakap kau je. Kena la ada toleransi dalam hidup ni. Bukannya boleh bawak ke mana pun keras kepala kau tu. Orang tak heran pun. Lantak kau la keras kat situ.


What? Kau tak hairan pun?


Kawan, kita tak boleh nak hidup menyombong. Bak kata orang, bodoh sombong. Takde siapa suka. Ye, aku tau la kau ada boyfriend. But seriously, dia memang tau perangai kau and dia bahagia ye?

Kalau ya, kau memang untung ahh. Sebab kalau aku lelaki, memang aku reject perempuan sombong. I mean, menyombong diri. Another words, membangga diri.


Berubah lah ya. Aku doakan Allah lembutkan hati kau.


Aku pun manusia biasa. Ada rasa marah, ada rasa kecil hati.


Dan, ada rasa nak meluahkan juga.





Cuma kerasionalan kita membezakannya.

Tuesday, July 12, 2011

Baik baik sayang

Assalamualaikum.


dear my lovely readers, there's no word other than sorry to you for not updating this blog.


btw, entri ni khas untuk kite-kite yang single ;)




********

aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus dukamu sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan dengarkan aku



hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu baik baik sayang
ada aku untukmu
hanya satu pintaku di siang dan malammu
baik baik sayang karna aku untukmu



semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku sayang
karna bagiku kau kehormatanku 
dengarkan dengarkan aku



hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu

baik baik sayang ada aku untukmu




hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik baik sayang karna aku untukmu




hanya satu pintaku
untukmu dan hidupmu
baik baik sayang ada aku untukmu




hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik baik sayang karna aku untukmu




ha~~~nya satu pintaku 
untukmu dan hidupmu
baik baik sayang ada aku untukmu




hanya satu pintaku
di siang dan malammu
baik baik sayang karna aku untukmu





**********





saya tau ni harapan awak kat saya kan #dearmyfuturehubby.


i will 


semoge pertemuan kite dipermudahkan dengan cara yang terbaik :)

Friday, July 1, 2011

Freaky Friday.

Assalamualaikum.


helloo freaky people. ;D


okay, okay. tak ade ape nak difreaky sangat sebenarnye. hehehe


actually, i'm on my way back to the college.
post ni dah diauto publish la maknenye. takkan aku nak publish post time dalam bas kot. --"


so guys, lepas ni start la balik kehidupan yang busyyyy.
aku pun maybe akan hilang deria lagi. hahaha
tapi tak berape busy sangat la 2 3 bulan ni sebab awal-awal sem ni penuh ngan kelas lagi,
dah hujung sem nanti baru praktikal.


ape pun, selamat datang sem baru ;)




SELAMAT TINGGAL TEMPOYAK

SELAMAT DATANG BUDU

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday : Sweet Moment

Assalamualaikum.

Just randomly picked from my heart 








p/s : bukan 11A tu yang aku nak tekan kan tapi kenangan 3 tahun lepas tu ye ;D


sape terer, cari yang mane satu aku. ;-*

Friday, June 24, 2011

Punca utama obesiti : Cuti semester!


Assalamualaikum.


alolololo tiutttttnyewww


Budak kecik yang tembam tembun sangat la alolololo tiutttttnyewww. So,berebut-rebut la mak bapak ngan senang hatinye membelikan stok makanan sampai nak termuntah isi almari makanan tu. Tu belum lagi kire lagi Mr. Potato dari Pak Ngah, Choki-choki dari Pak Su ngan Nini cokelat celup yang atok nenek bawak dari kampung.
Fuhh memang sah anak kecik akan membesar dengan penuh riang gembira.


Manakala anak-anak kecik yang kurus cekeding akan dilabel tak sihat ngan mak bapak tak bagi makan. Kau tengok betapa prejudisnye masyarakat 1Malaysia.


So, that’s why sekarang ni banyak iklan berkempen tentang bahaya obesiti di  kalangan kanak-kanak. Plus, mak bapak yang kene ambik peranan avoid anak-anak membesar macam ahli sumo.


Yeah, tu kalau di kalangan kanak-kanak. Boleh la mak bapak kawal dari kecik.


Kite yang dah tua matang ni lain pulak citer nye. Boleh pulak berat badan naik bermusim.


Get it? Ala, kan biase berat naik 2 kali setahun.


Okey 3 kali bile campur sekali time hari raya. --"


Tapi time raya tu tak parah sangat. Itulah pentingnye budaya kunjung-mengunjung.
Lepas puas makan lemang, ketupat ngan dodol kat rumah Tok Penghulu, jalan pulak pergi rumah bakal bapak mertua. Ehemm, kat rumah bakal bapak mertua takde la makan banyak sangat. Cover wehh cover.
So, takde la menyumbang ke arah obesiti sangat.


So geng, punca utama obesiti yang baru dikenalpasti Kementerian Kesihatan Malaysia ialah…





Cuti Semester!!!


Kan, kan, kan?


Time ni la ko bantai puas-puas makanan kat rumah. Konon-konon kat kat kolej makan megi je manjang. Padahal megi tu takat celah gigi je. Buat supper tengah malam. Hahahaha
Tak pun makan megi sebab duit PTPTN dah habis buat beli Blackberry. ;D


Mak-mak biase la, "alalala anak mak baru balik rumah, meh mak masak makanan feveret along". Dah kate pun makanan feveret kan. Tak kan nak makan saiz pinggan kecik, koman-koman pinggan haruslah kecik sikit je dari mangkuk nasik.


Yang bermatlamat sikit tu mungkin la pegi buat partime. Tapi yang berjiwa bebas macam aku ni, baik dok rumah, boleh qada' segala-galanye. har har har


Jadual cuti semester aku.
Pagi : solat, makan, online
Tengah hari : masak, solat, makan, online
Petang : online, solat, makan
Malam : solat, makan,solat, onlineee


See, see? o.O


Nasib baik ade gak terselit masak-memasak time tengah hari. Ehemm, ehemmm.




Kadang-kadang aku rase loser pulak cuti sem kali ni. Tak remaja betul jadual aku. hahahaha

Wednesday, June 22, 2011

Thursday, June 16, 2011

Hitler pun tak puas hati SKMM block laman web.

Assalamualaikum.


Yawww rakyat Malaysia yang-tak-suke-beli-cd-ori. haha ;D


Well peeps, bukan kite je yang tak puas hati kerajaan nak block file sharing website.
We're not alone bebeh.


Hitler pun tak puas hati wehhh.




Who needs Unifi to update their facebook? LOL

Jangan paksa diri untuk bercinta. Ia akan datang sendiri bila sampai masanya.


Assalamualaikum.


Semoga sentiasa berada dalam naungan cinta NYA.


Babe, korang tau kan cinta tu tak bermakna memiliki? But, korang tau jugak kan yang how it feel when you don’t own it?


Yeah, memang sakit. It feels like tapak tangan korang kene toreh dengan pisau lipat harga dua puluh sen tu. Pedih. Tapi tak lama. Lama mana sangat la nak pedih ngan pisau kecik tu kan.


Tapi tu la, rasanya tetap ada. Parut tu terpulang kat korang. Kalau korang rajin sapu minyak gamat, cepatla parut tu hilang. It is about your effort sayang. Don’t let that parut hudoh mencacatkan tapak tangan korang.



Please babe, be strong. Ala, atuk nenek pun dah pesan kan.
Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.
Ya, I know that setiap bunga ade keunikan dia tersendiri. Setiap kumbang have their own attractive. But, maybe you will find the others that have their own specialities.


Aku rasa kesian, err maybe kesian is not the right word. But, I feel like it is not worth it to wait for someone that you know already is not for you.


You know right if someone is not for you? Tepuk hati tanye sendiri. Aku tak tau, die tak tau. Kau je yang tau.


Why you are afraid to make a decision? Takut kau kecewakan hati dia? Ohhh, pleaseeee sayang. You better make a move now or else it will be complicated.


Kau enjoy hidup single kau. Then, one day datang sorang ni and approach you. Kau tak nak tapi tak sanggup nak reject. Okay fine, you give a try.


But, when the relationship is not working, tolong la jangan teruskan just because of tak sampai hati. Makin lame, makin kecewa kalau diputuskan.


Kadang-kadang memang kebenaran memedihkan. Yup.



Ehemm, aku rase entry aku ni dah jadi macam dari two points of view pulak kan. haha



Paling penting, sayangi diri sendiri dulu.


Letakkan cinta pada Allah dan Rasul dalam hati sebelum nak bercinta dengan manusia.




Dan cinta pasti akan datang dengan sendiri.

Monday, May 23, 2011

hilang satu deria

Assalamualaikum.



entry ni dah berhari-hari tergendala. macam putus idea.


bukan la takde idea sebenarnye. but, hilang idea untuk menulis.


you know it is too hard and hurt when you have many things to let out but you can't?



zero.


tulis sebaris berhenti. tulis lagi sebaris berhenti.


padahal nye dah bersusun mende aku nak post kat entry. nak tulis pasal tu pasal ni.


tapi bile jari ni sentuh je keyboard terus stuck.


sekarang ni aku busy ngan praktikal. balik-balik dah penat. bile badan dah letih, idea pun ke laut. terus tak larat nak post entry.


rasa macam hilang satu deria tau.


patut la banyak blogger yang aku follow bile dah start kerja, senyap.


bukan tak nak update blog dah, tapi masih dalam proses nak membiasakan diri.


argghhh, penat lah tulis tersekat-sekat macam ni.




sorry peeps and as for the mean time, take care :)

Saturday, May 14, 2011

enjoy lepas habis exam dengan gula gula.

Assalamualaikum.

hai hai hai :)


fuhh, bersawang dah blog ni tak berupdate. nasib kau lah blog dapat tuan tak istiqamah. haha


well, final exam aku dah hampir official nak over.
yeah, i still get OSCE. jangan tanye aku OSCE is stand for what. haha. tak tau aku nak jawab.
but OSCE ni is my practical exam la.
basically nanti ade 5 station, and kene buat 5 different procedure.


bunyi macam, alaaaa senang je la kan. -_-"


well, well, well, kau kene kire sekali keNERVOUSan okeh. nervous kot buat prosedur depan lecturer. in 5 minute only pulak tu.


serius seriau  OSCE ni kalah final exam hari tu. hue hue hue


tapi, harus mengenjoykan diri dulu saat paper terakhir sudah dihantar, ye dak?


dan korang mesti tertanye-tanye macam mane nak enjoy lepas habis final exam? o.O


marilah kite enjoy tengok video Gula Gula ni. har har har


walaubagaimanapun sebarang rasa geli geli selepas menonton video ni sama sekali tidak ditanggung oleh tuan punye blog. ;D



ohh, comel kan comel kan comel kan


ahhh, tak larat aku nak komen dah diorang ni. kite masing-masing dah besar, sendiri boleh fikir.


kalau rase umur tu panjang lagi, sempat nak taubat buat la. sukeeee gitttteeewwwwww


btw, hitler yang ganas-ganas tu pun marah kat diorang ni.
ni best, dijamin korang takkan alami sebarang simptom geli geli. hahahaha





4 thumbs up la Hitler! ;)

selamat berhujung minggu :)

Sunday, May 1, 2011

siapa 24:7 dengan Gula Gula ni? K-Pop Malaysia kata nye.


Assalamualaikum.

yawww, peeps ;)

dah dengar berita terbaru dunia hiburan tanah air? * gaya Nas Ahmad cakap. hue hue hue
no, no. aku bukan nak cakap pasal AF9. ;D

but lagi hot dari tu.
that is...



** drum roll **





tak yah nak drum roll sangat ahhh. har har har

meh aku tayangkan gambar-gambar comel group K-Pop Malaysia. yeay!

24:7

oh my gayyy


nak bernasyid ke bang?


Gula Gula

cantik kaki kak

alololo tebal nye mekap


nak tengok lagi? pegi la tengok kat page fb diorang.
banyak lagi gambar yang akan buat korang muntah darah. hak hak hak
geli aku nak letak gambar diorang banyak-banyak kat blog aku ni. -_-"

mane yang dah tau tu mesti dah puas mengutuk. hahaha
hilang ngantuk aku malam tadi jumpe page anti diorang ni.




mane yang baru tau ni mesti terkedu kan? o.O

first impression aku, malu sangat nak ngaku yang diorang ni orang Malaysia.
bukan sebab aku tak boleh terima gaye baru, tapi sebab diorang tiru gaye orang.

please, cari la identiti sendiri.
jangan nampak macam bodoh sangat tertiru gaye orang.

wait, kau kate k-pop yang kau bawak tu keindahan pop?
duhh, lame punye alasan la beb!
sumer orang pun tau k-pop stands for korean pop.
tak yah nak bagi alasan macam orang tak sekolah la.
dah la gaye pun macam tak sekolah.


orang minat kat k-pop which is korean pop sebab tu memang gaye korea.
tapi kalau kau bawak gaye tu kat sini, memang tak kene la.



nak berskirt-skirt pendek pulak kat Malaysia ni apehal kak?

nak bajet-bajet jambu pulak ye abang rempit kiter?



macam ni  ke bakal artis yang akan disukai zaman anak-anak aku nanti?
acececeh, macam nak kahwin dah je gayenye.
hauhauhau

but, seriously. macam ni ke?

yang ade sekarang ni pun dah macam-macam,
kau menambah pening kepale mak bapak zaman akan datang je.



aduhh, terduduk dibuat nye.

Saturday, April 30, 2011

cinta selepas kahwin


Assalamualaikum.
haii si comel si comel sekalian ;D

hujung minggu yang aman damai bebas dari keje memanjang harus dimanfaatkan ngan merehatkan diri betul tak? cehh, gaye cam lagi busy dari beranak kembar 8 je. har har har


aku nak share citer yang aku baru bace kat facebook tadi. korang pun mesti malas nak berfikir sangat kan time-time cuti ni. ;D


aku jarang sebenarnye nak bace citer-citer yang orang dok share-share tu. kecuali la aku memang ngah free. dipendekkan citer aku pun klik la satu shared stories tu dan bile dah habis bace tu rase macam, "ooohhh sweet nye! nak jugak hubby macam ni" ;-*

so, aku nak share la citer ni ngan korang, mane la tau kot-kot ade yang tak bace lagi kan. ala, kalau dah bace pun bace la versi aku pulak ni haa. har har har




*******

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Cerita ni bermula bila aku ditakdirkan kahwin dengan sorang mamat ni. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la, pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

Aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haishhh. Memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!
Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagi tau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata. "Lah, awat tak tanya"
Eiii… geramnya aku!


Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang. Dia hilang! Aku cari gak dekat-dekat area situ kot-kot ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit... Lepas tu dua minit... Lepas tu… Sejam kot! Huhh. Memang sakit hati betul!
Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, Pergi mana? Kenapa call tak angkat? Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab. " Lah, pegi shopping la sayang. Owh, awak ada call ekk? Alah, lupa nak bagi tau, saya terlupa bawa henset. hehe "
Eiii… geramnya aku!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa.
Aku pun konfius. Dia ni tak bagi respon pun. Sedap ke tak? Ehmmm, kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.

Huhh,  esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku pulak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh, time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal.
Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata. "Lah awat la call saya. Call la mekanik. Ingat call saya kereta awak boleh jalan ke?"
Eiii… geramnya aku!!!

Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan boot tuh. Dan lepas die try start terus boleh. Hmm. Dalam hati aku kata, "Boleh diharap jugak la jugak mamat ni. Janji free. hehe"

Satu hari, dia ada bagi tau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 minggu! Hmm, aku memang no komen lah. Dia nak pegi buat kerja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot-kot la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh! Langsung dia tak call! Kot-kot la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Inbox pun kosong!
Eiii… geramnya aku!


Pagi tu aku basuh baju. Okey sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Huishh siap dengan surat lagi. Aku pun bukak la surat tu.

Kehadapan isteriku,

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek. hehe. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih. Bosan. Tak tau nak buat apa. hihi. Pertama sekali saya nak bagi tau lah kan, mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot! Haha. Eh, awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh? Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah. hahaha. Memang kelakar sangat. Saya nampak awak macam anak patung. Comel sangat. Iskk. Awak ni, tak perasan ke?

Keduanya, sorry la pasal hal shopping tu. Memang saje je saya tak mau bawak henset time tu. hihi. Takut terkantoi. Ye la saya pegi cari baju awak kot! Ingat tak baju awak yang terkena warna tu? Huhh. Memang tension. Susah betul nak cari. Memang mahal dan memang patut la awak bengang satu hari. hihi.

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak. Hmm, mesti awak bengang kan sebab saya takde respons. huhu. Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk. Awak ni. Tak perasan ke?

Keempatnya time keta awak rosak. Hmm. Awak tau tak saya cancel appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak? Lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk. Awak ni. Tak perasan ke? 

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan, kan?? Saya memang saje je tak call awak.hihi. Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat ni. "Wow, look at the Eiffel Tower! Fuyoo! Cantik kot!" Hahahahahaaaaaaaa. Jangan jeles. ;D 

Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk sebab saya saaaaayang sangat kat awak.

Bukak la bungkusan ni dan tengoklah sama tak dengan baju awak yang terkena warna hari tu. :)

Love,
Suamimu


*******

kalau macam ni punye sweet, aku pun sanggup nak kene kahwin  paksa. ehh, tak nak la paksa sangat. hehe

mak, mak. pilih la jodoh untuk saye! 

Sunday, April 24, 2011

tips berblog yang mesra readers.

Assalamualaikum dear readers.

actually aku dah pikir beratus-ratus kali sebelum buat entry ni. ye la, follower tak banyak mane pun. duit nuffnang pun lepas nak beli aiskrim je. dah la tu, update blog pun sesuke hati ngan mase je. hua hua hua

tapi, sebab kawan aku dah tanye camne nak berblog macam aku.
*huh. what? aku pun rase nak gelak golek-golek ;p

ape pun, meh sini aku bagi tau. ;p

firstly, aku berblog bukan nak cari follower beribu-riban. tapi kalau ade orang nak follow tu satu bonus bagi aku. and tipu la pulak kalau aku cakap tak seronok ade orang follow ni. hehehe
but, that's why aku tak pernah nak suruh orang follow blog aku.
you follow me, i follow you

yang penting and boleh buat aku rase puas hati, aku nak blog aku ni dibace dan maksud dalam entry-entry aku sampai kat sumer readers aku. :)

orait, meh aku citer mende-mende yang boleh buat blog aku dan blog kau mesra dengan readers. readers okey bukan followers. har har har

btw, ni sumer pendapat aku je and ape yang aku nampak pade blogger-blogger berjaye ;)

Isi entry korang


ni pasal isi entry korang.
kalau entry kau dok citer pasal kau dengan bf/gf kau je orang pun bosan nak bace. kecuali la readers tu kawan, musuh atau ade hati dekat kau or bf/gf kau. hahaha
but, mungkin ade strangers yang nak bace citer cinta kau tu kalau citer cinta die lebih kurang macam korang. kalau aku, mungkin tak la.

kalau entry kau dok keji-mengeji orang pun aku tak suke bace okeh. tambah-tambah yang dok mengeji blogger lain.
bagi aku, aku akan bace and follow blog yang relaks-relaks, lepak-lepak je. kalau skema pun tak tahan derrr. hawauhawauhawau

No shortform okey


ri ni ak mkn kt kdai ngn bf ak. snk!

err, what are you gonna expect with that sentence? orang bace blog bukan macam bace buku teks. takde masenye nak belek huruf satu-satu. kalau aku jumpe blog macam ni, memang aku tekan X. sorry, but it takes some times to understand other than ;

hari ni aku makan ngan bf aku. sonok!

so, which one is better?

No ewww ewww please


aperr usharr2? sukeww kat guwa letteww.


orait, ni lebih parah dari shortform. ni  namenye longform. --"
masalahnye same macam shortform. sangat mengganggu proses pembacaan. and aku rase annoying ngan tulisan macam ni sebenarnye.

do you know anwar hadi? you better google now ;)


Give some space

perasan tak kat laptop korang tu ade satu keyboard yang bername enter. kegunaannya untuk memberikan perenggan pade entry korang.
get it?

cube bayangkan kalau entry aku ni tak ade perenggan. nak ke korang bace sampai habis? -_-"

Put some pictures

bosan kan kalau bace blog ade tulisan semate-mate? so, letak la gambar-gambar di antara perenggan tu. tapi yang berkenaan je la. ;D

but, jangan letak banyak! kang sarat and lambat reload lak. just nice okey. ala, pandai-pandai la. hua hua hua

errr, aku tak letak gambar ni sebab broadband aku lembap. hihihi ;D


Less is more


now, pasal blog pulak. tak yah la nak letak segala bagai widget kat blog korang tu. nak letak jam ngan kalendar pun kan dah ade kat laptop tu. nampak sarat and it just make your blog become obesity. o.O

bile blog dah berat and lambat loading. tambah-tambah blogger yang pakai broadband macam aku ni, memang tekan X la. tak larat nak tunggu loading lame sangat. :|

nak timbang berat blog? SINI

Letak lagu kat blog


okeh, yang ni agak merimaskan. selain dari sebab seperti di atas which makes your blog become obese, pasang lagu kat blog pun annoying jugak tau.

sebab lagu yang kau letak tu maybe tak disukai readers kau. and readers pun ade media player la kat laptop. kalau nak dengar lagu sangat, kitorang pasang lagu sendiri la.

lagu kat blog ni sangat annoying bile tengah blogwalking. aku dah la jenis bukak 4 5 blog sekali gus. kalau sumer blog tu pasang lagu tak ke gile aku dibuatnye? hue hue hue

but, kalau nak letak jugak boleh. letak la. blog kau bukan blog aku pun. tapi, tapi, tapi letak la lagu yang readers boleh pause. bukannye automatik berbunyi. har har har

You get what you give


nak orang bace blog korang, korang pun bace la blog orang. tambah-tambah blogger newbie. rajin-rajin la blogwalking pastu jengah shoutbox and komen entry blogger lain. tak rugi pun jadi friendly. jadi sombong yang rugi wehhh ;D





so, get it? ni sumer ikhlas dari hati aku. acececeh ;p
majulah arena blog untuk negara! ;)

ohhh kejap. aku dah lame nak tukar header blog ni sebenarnye.
harap-harap aku diberi mase dan idea nak buat header baru :)

peace  yaww 

Monday, April 11, 2011

tak yah cakap lebat-lebat kalau diri sendiri tu pun renyai-renyai je.

Assalamualaikum.

manusia memang selalu 3L.
lalai, leka dan lupa.
that's why name pun manusia kan.

so people, let me remind you that dalam hidup ni takde yang sempurna. tambah-tambah manusia biase macam kite ni.
yeah, i admit it.
do you?

aku tak sempurna.
kau tak sempurna.



tapi kenapa perlu dikejar sangat kesempurnaan tu? but, aku tak maksudkan kesempurnaan is NOthing. it is A thing.
but, but, but. hidup ni kalau terlalu mengejar kesempurnaan pun tak boleh jugak derr.

kau tak nak ade salah langsung?
kau pasti ke kau tu sempurna sangat?
kau pasti ke kau tu tak pernah buat SILLY mistake?

please, as a MATURED people, do act as MATURED people.
do not act like kindergarden children.

orang tak respect kau pun dengan perangai yang-aku-anggap-tak-matang tu.
orang menyampah!
serius. tak percaye?

ohhh, tu sebab kau tu yang bute hati.
susah nak menerima kebenaran.

please, lembutkan sikit hati tu.
jangan tau nak marah orang je.

ingat, satu jari kite tunjuk salah kat orang, empat jari lagi menuding salah kat diri sendiri.

kau suruh orang perfect. jangan buat salah. fine.
tapi bile kau buat salah, orang lain ikut, kau jugak yang betul?
alasan kau jangan ikut salah yang kau buat.
ape cerrrr ni?

duhhh, kau ade mental retardation ke?

mak ketam yang jalan senget tu pun anak die ikut.
kenape??
sebab tu contoh yang ditunjukkan oleh mak die.
contoh kan untuk diikuti.

ye, aku tau yang baik jadikan panduan dan yang salah jadikan sempadan.

tapi, tu la lumrah manusia. again.

so as a what-we-can-call-senior, please do show your own charisma as a senior.
jangan sebab kau, habis tempias kene kat semue.

bak kate opah, jangan sebab nila setitik habis susu dutch lady sebelanga. --'

and, you know why ALLAH create us imperfect?
because we are create to complete each other :)


ape korang ingat complete each other ni untuk couple je ke?
cinta tu luaskan skopnye. ;)

ni yang aku suke tulis blog ni. time mule-mule jari aku sentuh keyboard ni tadi, memang agak hangin la tapi skang ni aku dah cool balik. (:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...