bedak wangi follow me

Thursday, July 14, 2011

hidup jangan menongkat langit sampai tak sedar apa jadi dekat bumi


Assalamualaikum.


Aku hanya seorang manusia biasa. Ya, hanya seorang gadis biasa yang mempunyai blog.


Aku tau beza kita bagai langit ngan bumi. Kau langit, aku bumi.




Kau cantik, disayangi ramai, pandai sampai boleh bagi orang tiru time exam dan ada boyfriend. Perghh memang pakej lengkap ahh kau!


Tak ada apa yang aku nak komen pasal kecantikan kau. Memang rezeki, kurniaan Allah. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan diri aku walaupun tak secantik kau. Tapi, kalau lah perangai kau pun secantik rupa kau kan lebih meghargai nikmat Allah.


Aku tak pernah jumpa orang kurang ajar macam kau. Marah-marah orang macam diri tu bagus sangat. Tapi ko memang bagus pun, kalau tak takkan la kau berani hina orang depan-depan. Hebat ahh!


Memang muka kau cantik tapi kecantikan kau tak dapat nak memaniskan muka sombong kau tu. Ya, muka yang kurang ajar tu.


Kau pandai kan. Ye la, semua soalan kau boleh jawab kan. Tapi sayang, senang-senang kau bagi orang tiru masa exam. Eh lupa, benda baik kena la share kan. Takkan nak simpan sorang-sorang. Tapi kalau ye pun nak share kepandaian kau tu, cover-cover la. Tak yah la sampai nak share ngan semua orang. Aku taknak dengar pun. Biar la aku jawab sendiri, sekurang-kurangnya atas usaha aku.


Dan, Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan apa yang aku dapat atas usaha aku sendiri.


Aku memang tak pandai nak bermuka-muka untuk ambik hati orang. Mungkin sebab tu aku tak disayangi ramai macam kau. Tapi tak semua orang boleh ditipu dengan topeng plastik kau tu. Sudah-sudah la mengipas, bukannya makin sejuk pun. Kenapa kau bijak sangat eh? Mengipas vip-vip saje. Salute ahh!


Belajar-belajar lah beralah ngan orang lain. Dalam dunia ni kita bukannya hidup sorang. Tak boleh la nak semua orang dengar cakap kau je. Kena la ada toleransi dalam hidup ni. Bukannya boleh bawak ke mana pun keras kepala kau tu. Orang tak heran pun. Lantak kau la keras kat situ.


What? Kau tak hairan pun?


Kawan, kita tak boleh nak hidup menyombong. Bak kata orang, bodoh sombong. Takde siapa suka. Ye, aku tau la kau ada boyfriend. But seriously, dia memang tau perangai kau and dia bahagia ye?

Kalau ya, kau memang untung ahh. Sebab kalau aku lelaki, memang aku reject perempuan sombong. I mean, menyombong diri. Another words, membangga diri.


Berubah lah ya. Aku doakan Allah lembutkan hati kau.


Aku pun manusia biasa. Ada rasa marah, ada rasa kecil hati.


Dan, ada rasa nak meluahkan juga.





Cuma kerasionalan kita membezakannya.

31 comments:

  1. wow..luahan ati ea.. hrp2 dy berubah la.. :) nauzubillahminzalik.. hrp2 yana x jd bdk smbong 1 ari nti.hehe

    ReplyDelete
  2. mmg x suka org bodoh sombong nie ......

    ReplyDelete
  3. elyana : InsyaAllah. harapnya macam tu la. :)

    ReplyDelete
  4. stellaizz : ada ke orang yang suke? ;)

    ReplyDelete
  5. Nauzubillah.. yang mana buruk kita jauhkan dan jadikan tauladan dalam kehidupan kita kan.. aminn..

    ReplyDelete
  6. kita sbgai sahabat kene tegor si bodoh sombong ni...mungkin dia sendiri pon xperasan kot...

    ReplyDelete
  7. si pengembara : InsyaAllah. pandai-pandai lah pilih yang terbaik :)

    ReplyDelete
  8. jasman : mungkin jugak kan ;)

    ReplyDelete
  9. sabar jek lah..btol ckp miss el tuh..hurmm...bersyukur ngn ape yg kita ada, jgn lag kita dengki,hasad dengki n riak.. Allah akan balasa yg baik dgn pahala, yg jahat dgn dosa..=)

    ReplyDelete
  10. alamak,


    aku pun pernah bagi mmbe tirulah..


    Err,

    ReplyDelete
  11. kadang2 org y bodoh sombong ni kena ditegur sikit, kalau x dia takkan sedar....

    ReplyDelete
  12. bluewendy : betul tu. setiap benda yang kita buat mesti dapat balasan :)

    ReplyDelete
  13. errr suka entry ni. kecantikan di salah guna. tapi selalunya memang orang akan anggap yang cantik/kacak ni baik je.

    Awak Curang. Semua Salah Saya
    Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?

    ReplyDelete
  14. hanif : hahahaha. kan aku dah cakap, kalau ye pun cover-cover la. ni tak, bangga je bagi orang tiru terang-terang.

    ReplyDelete
  15. miss y : yup. that's the point ;)

    ReplyDelete
  16. Stylobrader bukanla jenis jiwang sangat-sangat,tapi ia soal cinta kan?apa-apa boleh jadi, maka kenalilah diri anda atau pasangan anda!

    ReplyDelete
  17. suka entri nie
    semoga terbuka la pintu ati die untuk berubah nnty
    dan dilrmbut kan hatinya . insyaAllah :)

    ReplyDelete
  18. stylobrader : err, ini soal kawan. but it's okay ;)

    ReplyDelete
  19. ini belog saya : InsyaAllah. amin. time kasih ye ;)

    ReplyDelete
  20. nice post!....

    smoga smua dpt brubah kpd kebaikn..:)

    ReplyDelete
  21. luqeem : thanks. insyaallah :)

    ReplyDelete
  22. bukan semua dijadikan sama dan serupa ada bermacam2...

    ReplyDelete
  23. hidup ini salaing memerlukan... perlu ada tolong menolong. jujur dan ihlas baru jiwa aman.

    ReplyDelete
  24. hye , blogwalking jap .
    tolong vote saya dekat http://iownthis87.blogspot.com/2011/07/vote-for-abazilah.html
    tq :)

    ReplyDelete
  25. adzrien shoppe : betul sangat tu :)

    ReplyDelete

tangan2 menaip

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...