bedak wangi follow me

Saturday, April 30, 2011

cinta selepas kahwin


Assalamualaikum.
haii si comel si comel sekalian ;D

hujung minggu yang aman damai bebas dari keje memanjang harus dimanfaatkan ngan merehatkan diri betul tak? cehh, gaye cam lagi busy dari beranak kembar 8 je. har har har


aku nak share citer yang aku baru bace kat facebook tadi. korang pun mesti malas nak berfikir sangat kan time-time cuti ni. ;D


aku jarang sebenarnye nak bace citer-citer yang orang dok share-share tu. kecuali la aku memang ngah free. dipendekkan citer aku pun klik la satu shared stories tu dan bile dah habis bace tu rase macam, "ooohhh sweet nye! nak jugak hubby macam ni" ;-*

so, aku nak share la citer ni ngan korang, mane la tau kot-kot ade yang tak bace lagi kan. ala, kalau dah bace pun bace la versi aku pulak ni haa. har har har




*******

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Cerita ni bermula bila aku ditakdirkan kahwin dengan sorang mamat ni. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la, pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

Aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haishhh. Memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!
Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagi tau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata. "Lah, awat tak tanya"
Eiii… geramnya aku!


Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang. Dia hilang! Aku cari gak dekat-dekat area situ kot-kot ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit... Lepas tu dua minit... Lepas tu… Sejam kot! Huhh. Memang sakit hati betul!
Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, Pergi mana? Kenapa call tak angkat? Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab. " Lah, pegi shopping la sayang. Owh, awak ada call ekk? Alah, lupa nak bagi tau, saya terlupa bawa henset. hehe "
Eiii… geramnya aku!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa.
Aku pun konfius. Dia ni tak bagi respon pun. Sedap ke tak? Ehmmm, kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.

Huhh,  esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku pulak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh, time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal.
Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata. "Lah awat la call saya. Call la mekanik. Ingat call saya kereta awak boleh jalan ke?"
Eiii… geramnya aku!!!

Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan boot tuh. Dan lepas die try start terus boleh. Hmm. Dalam hati aku kata, "Boleh diharap jugak la jugak mamat ni. Janji free. hehe"

Satu hari, dia ada bagi tau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 minggu! Hmm, aku memang no komen lah. Dia nak pegi buat kerja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot-kot la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh! Langsung dia tak call! Kot-kot la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Inbox pun kosong!
Eiii… geramnya aku!


Pagi tu aku basuh baju. Okey sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Huishh siap dengan surat lagi. Aku pun bukak la surat tu.

Kehadapan isteriku,

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek. hehe. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih. Bosan. Tak tau nak buat apa. hihi. Pertama sekali saya nak bagi tau lah kan, mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot! Haha. Eh, awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh? Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah. hahaha. Memang kelakar sangat. Saya nampak awak macam anak patung. Comel sangat. Iskk. Awak ni, tak perasan ke?

Keduanya, sorry la pasal hal shopping tu. Memang saje je saya tak mau bawak henset time tu. hihi. Takut terkantoi. Ye la saya pegi cari baju awak kot! Ingat tak baju awak yang terkena warna tu? Huhh. Memang tension. Susah betul nak cari. Memang mahal dan memang patut la awak bengang satu hari. hihi.

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak. Hmm, mesti awak bengang kan sebab saya takde respons. huhu. Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk. Awak ni. Tak perasan ke?

Keempatnya time keta awak rosak. Hmm. Awak tau tak saya cancel appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak? Lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk. Awak ni. Tak perasan ke? 

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan, kan?? Saya memang saje je tak call awak.hihi. Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat ni. "Wow, look at the Eiffel Tower! Fuyoo! Cantik kot!" Hahahahahaaaaaaaa. Jangan jeles. ;D 

Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk sebab saya saaaaayang sangat kat awak.

Bukak la bungkusan ni dan tengoklah sama tak dengan baju awak yang terkena warna hari tu. :)

Love,
Suamimu


*******

kalau macam ni punye sweet, aku pun sanggup nak kene kahwin  paksa. ehh, tak nak la paksa sangat. hehe

mak, mak. pilih la jodoh untuk saye! 

34 comments:

  1. hahaha...so sweet...k.lin da brangan ar tuyh..kuang3

    ReplyDelete
  2. ana : sweet kan, kan. ohhh, memang harap2 muncul dalam mimpi ni ;)

    ReplyDelete
  3. aww aww ! sweettt sangat ! bestnye dpt suami mcm tuh ! haish ! swett giler ! jelessss. hehehe

    ReplyDelete
  4. atynnaddirah : sweet & jeles. rite? hehe

    ReplyDelete
  5. bapak sweet gler!!...haha...tp kelakar pun ada jugk husband dia...:)

    ReplyDelete
  6. Leena : kan. ohhh, memang tu la ciri2 yang dikehendaki ; sweet & got sense of humour ;*

    ReplyDelete
  7. sweet giler...terasa nak cinta pas kawin jugak...hehehe..

    ReplyDelete
  8. Nur Hawa : ohhh yeahhh. kan, cinta lepas kahwin tu lagi bagus :)

    ReplyDelete
  9. cinta selepas khawin ada pro dan kontranya. bergantung kepada penerimaan individu tersebut. apa yang penting tuhan tidak pernah zalim menetapkan jodoh untuk hambanya..perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya.....

    ReplyDelete
  10. harrazdani : betul tu.

    bercinta sebelum kahwin pun tak elok kan. kalau nak jodoh yang baik, kite pun kene jadi baik la kan. :)

    ReplyDelete
  11. huhuhuhu...sweet nyer....... ^_^

    ReplyDelete
  12. hehe..agak boleh tahan ke-sweet-an nya.. sempoi dia tu

    ReplyDelete
  13. Salam kenal dan sukses blognya. Kunjungi balik ya ke www.euisryan.co.cc

    Thanks..

    ReplyDelete
  14. peh pehhh jiwang sih..
    aku pun nak bercinta selepas kawin gakk...
    mesti romantik..
    hahaha =p

    ReplyDelete
  15. syafiqah : el pun suke jugak :))

    ReplyDelete
  16. syafiqah : kan. el pun nak jugak. bahagienye hidup :)

    ReplyDelete
  17. wahhhh sweetnyaaa bestkan klau camni

    ReplyDelete
  18. aww! kalau macamtu nak juge kena paksa kawen! XDD

    ReplyDelete
  19. ♥ AisyaHusin ♥ : hehehe. suruh la mak carikan jodoh ;)

    ReplyDelete
  20. alahai sweetnyeee.... ^^
    klo la saya jadi istri lelaki 2...
    alangkah bahagianyeee saya...
    romantik sgt2..
    ad ke lelaki mcm 2 sekarang???? sush nk cri :P

    ReplyDelete
  21. norayu : siape tak nak dapat suami mcm ni kan. hehe

    mungkin ade tp tak jumpe ;)

    ReplyDelete

tangan2 menaip

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...