bedak wangi follow me

Saturday, April 30, 2011

cinta selepas kahwin


Assalamualaikum.
haii si comel si comel sekalian ;D

hujung minggu yang aman damai bebas dari keje memanjang harus dimanfaatkan ngan merehatkan diri betul tak? cehh, gaye cam lagi busy dari beranak kembar 8 je. har har har


aku nak share citer yang aku baru bace kat facebook tadi. korang pun mesti malas nak berfikir sangat kan time-time cuti ni. ;D


aku jarang sebenarnye nak bace citer-citer yang orang dok share-share tu. kecuali la aku memang ngah free. dipendekkan citer aku pun klik la satu shared stories tu dan bile dah habis bace tu rase macam, "ooohhh sweet nye! nak jugak hubby macam ni" ;-*

so, aku nak share la citer ni ngan korang, mane la tau kot-kot ade yang tak bace lagi kan. ala, kalau dah bace pun bace la versi aku pulak ni haa. har har har




*******

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang. Cerita ni bermula bila aku ditakdirkan kahwin dengan sorang mamat ni. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la, pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.

Aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haishhh. Memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!
Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagi tau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata. "Lah, awat tak tanya"
Eiii… geramnya aku!


Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang. Dia hilang! Aku cari gak dekat-dekat area situ kot-kot ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit... Lepas tu dua minit... Lepas tu… Sejam kot! Huhh. Memang sakit hati betul!
Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, Pergi mana? Kenapa call tak angkat? Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab. " Lah, pegi shopping la sayang. Owh, awak ada call ekk? Alah, lupa nak bagi tau, saya terlupa bawa henset. hehe "
Eiii… geramnya aku!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa.
Aku pun konfius. Dia ni tak bagi respon pun. Sedap ke tak? Ehmmm, kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.

Huhh,  esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku pulak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh, time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal.
Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata. "Lah awat la call saya. Call la mekanik. Ingat call saya kereta awak boleh jalan ke?"
Eiii… geramnya aku!!!

Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan boot tuh. Dan lepas die try start terus boleh. Hmm. Dalam hati aku kata, "Boleh diharap jugak la jugak mamat ni. Janji free. hehe"

Satu hari, dia ada bagi tau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 minggu! Hmm, aku memang no komen lah. Dia nak pegi buat kerja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot-kot la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh! Langsung dia tak call! Kot-kot la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Inbox pun kosong!
Eiii… geramnya aku!


Pagi tu aku basuh baju. Okey sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Huishh siap dengan surat lagi. Aku pun bukak la surat tu.

Kehadapan isteriku,

Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek. hehe. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih. Bosan. Tak tau nak buat apa. hihi. Pertama sekali saya nak bagi tau lah kan, mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot! Haha. Eh, awak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh? Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah. hahaha. Memang kelakar sangat. Saya nampak awak macam anak patung. Comel sangat. Iskk. Awak ni, tak perasan ke?

Keduanya, sorry la pasal hal shopping tu. Memang saje je saya tak mau bawak henset time tu. hihi. Takut terkantoi. Ye la saya pegi cari baju awak kot! Ingat tak baju awak yang terkena warna tu? Huhh. Memang tension. Susah betul nak cari. Memang mahal dan memang patut la awak bengang satu hari. hihi.

Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak. Hmm, mesti awak bengang kan sebab saya takde respons. huhu. Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata. Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk. Awak ni. Tak perasan ke?

Keempatnya time keta awak rosak. Hmm. Awak tau tak saya cancel appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak? Lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk. Awak ni. Tak perasan ke? 

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan, kan?? Saya memang saje je tak call awak.hihi. Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat ni. "Wow, look at the Eiffel Tower! Fuyoo! Cantik kot!" Hahahahahaaaaaaaa. Jangan jeles. ;D 

Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk sebab saya saaaaayang sangat kat awak.

Bukak la bungkusan ni dan tengoklah sama tak dengan baju awak yang terkena warna hari tu. :)

Love,
Suamimu


*******

kalau macam ni punye sweet, aku pun sanggup nak kene kahwin  paksa. ehh, tak nak la paksa sangat. hehe

mak, mak. pilih la jodoh untuk saye! 

Sunday, April 24, 2011

tips berblog yang mesra readers.

Assalamualaikum dear readers.

actually aku dah pikir beratus-ratus kali sebelum buat entry ni. ye la, follower tak banyak mane pun. duit nuffnang pun lepas nak beli aiskrim je. dah la tu, update blog pun sesuke hati ngan mase je. hua hua hua

tapi, sebab kawan aku dah tanye camne nak berblog macam aku.
*huh. what? aku pun rase nak gelak golek-golek ;p

ape pun, meh sini aku bagi tau. ;p

firstly, aku berblog bukan nak cari follower beribu-riban. tapi kalau ade orang nak follow tu satu bonus bagi aku. and tipu la pulak kalau aku cakap tak seronok ade orang follow ni. hehehe
but, that's why aku tak pernah nak suruh orang follow blog aku.
you follow me, i follow you

yang penting and boleh buat aku rase puas hati, aku nak blog aku ni dibace dan maksud dalam entry-entry aku sampai kat sumer readers aku. :)

orait, meh aku citer mende-mende yang boleh buat blog aku dan blog kau mesra dengan readers. readers okey bukan followers. har har har

btw, ni sumer pendapat aku je and ape yang aku nampak pade blogger-blogger berjaye ;)

Isi entry korang


ni pasal isi entry korang.
kalau entry kau dok citer pasal kau dengan bf/gf kau je orang pun bosan nak bace. kecuali la readers tu kawan, musuh atau ade hati dekat kau or bf/gf kau. hahaha
but, mungkin ade strangers yang nak bace citer cinta kau tu kalau citer cinta die lebih kurang macam korang. kalau aku, mungkin tak la.

kalau entry kau dok keji-mengeji orang pun aku tak suke bace okeh. tambah-tambah yang dok mengeji blogger lain.
bagi aku, aku akan bace and follow blog yang relaks-relaks, lepak-lepak je. kalau skema pun tak tahan derrr. hawauhawauhawau

No shortform okey


ri ni ak mkn kt kdai ngn bf ak. snk!

err, what are you gonna expect with that sentence? orang bace blog bukan macam bace buku teks. takde masenye nak belek huruf satu-satu. kalau aku jumpe blog macam ni, memang aku tekan X. sorry, but it takes some times to understand other than ;

hari ni aku makan ngan bf aku. sonok!

so, which one is better?

No ewww ewww please


aperr usharr2? sukeww kat guwa letteww.


orait, ni lebih parah dari shortform. ni  namenye longform. --"
masalahnye same macam shortform. sangat mengganggu proses pembacaan. and aku rase annoying ngan tulisan macam ni sebenarnye.

do you know anwar hadi? you better google now ;)


Give some space

perasan tak kat laptop korang tu ade satu keyboard yang bername enter. kegunaannya untuk memberikan perenggan pade entry korang.
get it?

cube bayangkan kalau entry aku ni tak ade perenggan. nak ke korang bace sampai habis? -_-"

Put some pictures

bosan kan kalau bace blog ade tulisan semate-mate? so, letak la gambar-gambar di antara perenggan tu. tapi yang berkenaan je la. ;D

but, jangan letak banyak! kang sarat and lambat reload lak. just nice okey. ala, pandai-pandai la. hua hua hua

errr, aku tak letak gambar ni sebab broadband aku lembap. hihihi ;D


Less is more


now, pasal blog pulak. tak yah la nak letak segala bagai widget kat blog korang tu. nak letak jam ngan kalendar pun kan dah ade kat laptop tu. nampak sarat and it just make your blog become obesity. o.O

bile blog dah berat and lambat loading. tambah-tambah blogger yang pakai broadband macam aku ni, memang tekan X la. tak larat nak tunggu loading lame sangat. :|

nak timbang berat blog? SINI

Letak lagu kat blog


okeh, yang ni agak merimaskan. selain dari sebab seperti di atas which makes your blog become obese, pasang lagu kat blog pun annoying jugak tau.

sebab lagu yang kau letak tu maybe tak disukai readers kau. and readers pun ade media player la kat laptop. kalau nak dengar lagu sangat, kitorang pasang lagu sendiri la.

lagu kat blog ni sangat annoying bile tengah blogwalking. aku dah la jenis bukak 4 5 blog sekali gus. kalau sumer blog tu pasang lagu tak ke gile aku dibuatnye? hue hue hue

but, kalau nak letak jugak boleh. letak la. blog kau bukan blog aku pun. tapi, tapi, tapi letak la lagu yang readers boleh pause. bukannye automatik berbunyi. har har har

You get what you give


nak orang bace blog korang, korang pun bace la blog orang. tambah-tambah blogger newbie. rajin-rajin la blogwalking pastu jengah shoutbox and komen entry blogger lain. tak rugi pun jadi friendly. jadi sombong yang rugi wehhh ;D





so, get it? ni sumer ikhlas dari hati aku. acececeh ;p
majulah arena blog untuk negara! ;)

ohhh kejap. aku dah lame nak tukar header blog ni sebenarnye.
harap-harap aku diberi mase dan idea nak buat header baru :)

peace  yaww 

Monday, April 11, 2011

tak yah cakap lebat-lebat kalau diri sendiri tu pun renyai-renyai je.

Assalamualaikum.

manusia memang selalu 3L.
lalai, leka dan lupa.
that's why name pun manusia kan.

so people, let me remind you that dalam hidup ni takde yang sempurna. tambah-tambah manusia biase macam kite ni.
yeah, i admit it.
do you?

aku tak sempurna.
kau tak sempurna.



tapi kenapa perlu dikejar sangat kesempurnaan tu? but, aku tak maksudkan kesempurnaan is NOthing. it is A thing.
but, but, but. hidup ni kalau terlalu mengejar kesempurnaan pun tak boleh jugak derr.

kau tak nak ade salah langsung?
kau pasti ke kau tu sempurna sangat?
kau pasti ke kau tu tak pernah buat SILLY mistake?

please, as a MATURED people, do act as MATURED people.
do not act like kindergarden children.

orang tak respect kau pun dengan perangai yang-aku-anggap-tak-matang tu.
orang menyampah!
serius. tak percaye?

ohhh, tu sebab kau tu yang bute hati.
susah nak menerima kebenaran.

please, lembutkan sikit hati tu.
jangan tau nak marah orang je.

ingat, satu jari kite tunjuk salah kat orang, empat jari lagi menuding salah kat diri sendiri.

kau suruh orang perfect. jangan buat salah. fine.
tapi bile kau buat salah, orang lain ikut, kau jugak yang betul?
alasan kau jangan ikut salah yang kau buat.
ape cerrrr ni?

duhhh, kau ade mental retardation ke?

mak ketam yang jalan senget tu pun anak die ikut.
kenape??
sebab tu contoh yang ditunjukkan oleh mak die.
contoh kan untuk diikuti.

ye, aku tau yang baik jadikan panduan dan yang salah jadikan sempadan.

tapi, tu la lumrah manusia. again.

so as a what-we-can-call-senior, please do show your own charisma as a senior.
jangan sebab kau, habis tempias kene kat semue.

bak kate opah, jangan sebab nila setitik habis susu dutch lady sebelanga. --'

and, you know why ALLAH create us imperfect?
because we are create to complete each other :)


ape korang ingat complete each other ni untuk couple je ke?
cinta tu luaskan skopnye. ;)

ni yang aku suke tulis blog ni. time mule-mule jari aku sentuh keyboard ni tadi, memang agak hangin la tapi skang ni aku dah cool balik. (:

Sunday, April 10, 2011

27 kali ganda.

Assalamualaikum.

korang sumer mesti kenal anwar hadi kan?
yeah, that cute-awesome-brilliant-full of idea guy. ;D

anwar hadi dah keluaq video baru wehhhh.
and this time penuh dengan mesej yang kite selalu anggap remeh.

that is, SOLAT JEMAAH.

right guys? * angguk-agguk

tak dinafikan, aku pun macam tu jugak. --'
tapi kalau dah ade kesempatan nak bersolat berjemaah, you better grab it!
okehh?
good! ;)

so, korang boleh tengok video tu kat sini,

Anwar Hadi : #12 27 Kali Ganda

let us keep spread the Islam :)

Saturday, April 9, 2011

cukup indah :)

Assalamualaikum.
and haveeee a very nice weekEND peeps!


yeah, even istilah weekend dah tak wujud dalam hidup aku. as for the mean time. --"
going to the hospital from saturday to thursday. and i only have friday for rest. hue hue hue


tapi kan, kalau kite ade semangat and enjoy nak buat sesuatu tu, kite tak kisah pun penat lelah semue tu ;)


and, i just want to share my feelings right now. ;)


cukup indah.



yup, my feelings right now cukup indah.


i so in love with the lyrics.


Cukup Indah by Aliff Satar




Tak pernah aku menjauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Chorus:
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Ulang Chorus 3X

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai



Alhamdulillah. You make my day 

Monday, April 4, 2011

Tahniah Sayang for won Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010!

ce citer ce citer

orait, this is just a short post to say

CONGRATULATIONS!
WELL DONE!

to my sayang

Shaheizy Sam bin Abdul Samad 





nape you comel sangat yang? ;)
dah la comel, berbakat lagi
mummy's boy pulak tuu
ooooooeemmmmmjjaaaaaayyyyyyyyyyyy

serius sangat comel ngan sweet time you lari dari tepi hall ke tengah and hugs your mummy ;)


come-here-i-want-to-whisper ;

hati saye riang gumbira.
yeayyy, blog sudahh pulihhh. shoutbox sudah comel * comel kan arnab yang pegang lollipop tu ;p
background pun sudah ditukar. ;D
older post pun sudah berfungsi seperti biase. hooorayyyyyyyy
and the best part is, because of you la SAM 


UPDATED : gambar arnab yang pegang lollipop dah diremovekan sebab url die ade prob sikit. so, aku gantikan ngan gambar bear pegang surat cinta pulak ;)

Sunday, April 3, 2011

Freedom.

Assalamualaikum.

freedom.
kebebasan.
sound simple and might be nothing to some people.

okey tak yah cakap other people la, korang pun, aku sendiri pun sedar tak pasal kebebasan ni?
tak kan. sebab tak kene batang hidung sendiri. *ye la dah hidung pun tak bape nak mancung kan.
har har har

see?

tapi kebebasan ni, freedom ni sangat-sangat bermakna pade saudara-saudara seislam kite terutamanye yang di Palestin, Libya and all around the world.

and, i just noticed this.



Maher Zain dapat inspirasi untuk buat lagu ni dari saudara-saudara seislam kite yang berjuang bermati-matian di Mesir, Tunisia, Libya dan Palestin terutamanye.

aku tau korang semue baik hati kan.
so, watch the video. please.

share the spirit :)

Friday, April 1, 2011

thank you Nuffnang

Assalamualaikum deareast readers.

well done for not being fooled today.

gambar saje tempek sebab aku rase comel ;)

actually aku dah seminggu abis exam. dah seminggu tak bukak buku wehhh. tapi still tak mampu nak update blog ni. why??

well, mood aku nak update blog agak terganggu sebab shoutbox aku dah tak macam biase. biasenye shoutbox aku tu menyorok kat tepi kanan blog ni kan. but, entah nape gatal sangat tangan ni godek sane godek sini. hua hua hua. padan muke kau labu.

okeyh, okeyh. biarkan shoutbox tu ngan masalahnye. nanti aku rajin aku betulkan la balik ye. har har har

tu bace tajuk entry aku tu. yeah, thanks to nuffnang.

asal? dah dapat beribu duit nuffnang ke?

hahaha. takde makne nye. lain la blogger-blogger tegar wehh.

tapi aku nak cakap time kasih sebab even aku dah lame tak update and tak istiqamah langsung mengupdate blog ni, earning nuffnang aku still tambah sesen dua.

arghhh, peduli ape aku ko dapat sampai beribu-ribu. nak cakap gak thank you Nuffnang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...